churp churp!

background

16 January 2012

cinta kepada ALLAH,
adalah,
sumber cinta segala dan semua=) 

say no to bersangka buruk ppl =)

Bersangka buruk adalah senjata syaitan

Dalam Al-Quran & hadis juga ada dilarang agar kita menjauhi prasangka buruk.

Firman Allah yg bermaksud dalam surah Al-Hujurat ayat 12 "Wahai orang-orang yg beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya prasangka itu adalah dosa"

Rasullullah juga melarang umatnya untuk berburuk sangka kerana hal itu adalah sebesar-besar dusta,

Sabda Rasullullah s.a.w yg bermaksud " awaslah terhadap buruk sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah perkataan yg paling bohong"
(Muttafaqun 'alaih-Bukhari dan Muslim)

Berdoalah mudah-mudahan kita semua dapat menjauhi sikap ini dan latih diri kita untuk sentiasa berprasangka baik.mudah-mudahan hati kita menjadi bersih dari segala noda.aminn..

sama-sama kita sebarkan pada kawan-kawan fb kita.mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dariNYA apabila kita berkongsi perkara yg baik. ;)

15 January 2012

penyeri wajah melalui ayat AL-QURAN=)

Assalamualaikumm..
Sesunnguhnya ALLAH itu indah dan menyukai keindahan =)

SubhanALLAH=)



Saye pernah terbaca Ustazah Siti Norbahyah berkata dalam satu majalah,
 doa penyeri muka :

1)Bacalah surah Yusuf ayat 4,

 kemudian ,
tiupkan  ke air dan sapulah ke muka sambil berselawat 3 kali =)

(y selawat tu saye sendiri yang tambah ..hee~~)
Semoga keindahan Allah itu terzahir melalui kita…
InsyaALLAH=)

28 December 2011

ease your pain as easy as 1 2 3 =)

 korang pernah jadi mcmni?


or macam ni ?!



stress?
Sakit kepala menggangu prestasi?



ni ade penyelesaian..

26 December 2011

so beautiful and calm=)

take a second to read this AWESOME fact !

Hee~
Assalamualaikumm semua=) ..
Hari ni cek nak cerita tentang indahnya ciptaan Allah pada kita..
.(bile masela saye jdy org kedah nie.hehe)

Kita lahir dengan 2 mata di depan,
Supaya  kita tak melihat ke belakang.
Tapi, pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita =)

Kita dilahirkan dengan sepasang telinga..
Supaya kita dapat mendengar dari dua buah sisi.
Untuk kita kumpulkan maklumat dan buat penilaian sewajarnya..
Untuk kita kumpulkan pujian dan kritikan dan pilih mana yang benar dan salah..

Kita lahir dengan  otak di dalam tengkorak kepala
sehingga tak kira semiskin mana pun kita, kita tetap kaya..
Kerana tidak akan ada seorang pun yang mampu mencuri otak, fikiran dan idea kita =)
We are the Masterpiece =) 
Semua buah pemikiran kita jauh lebih berharga dari emas dan permata ..
( I quoted from a motivator: the most Valueable thing in human is his Mental picture about himself..
tadda..Saye adelah badut..so ? hehe~~)

Kita diberi satu mulut..
Dan mulut adalah senjata yang sangat tajam. Mulut boleh menyakiti, membunuh,menggoda dan banyak hal lain yang kurang menyenangkan jika tersalah guna.
Ingatlah untuk berkata sedikit mungkin tetapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.


Rasulullah bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan

lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya."
 (Hadis
riwayat Ibnu Abib-Duanya).


Kita lahir dengan satu hati jauh di dalam diri.
Supaya kita mencari satu lagi hati kita di luar sana,
Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita,percayelah=)
Ia juga untuk kita menghargai setiap kurniaan ALLAH  
Hati juga mengajar kita untuk mencintai dan menikmati  betapa kita dicintai tetapi jangan berharap bahawa  orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa mengharap balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah=)
Kerana Cinta itu milik ALLAH …=)

Oleh itu, kita hendaklah menjaga semua kurnian Allah ini sebaik-baiknya dengan baik.
Salah satu caranya ialah dengan menjaga kesihatan sebaik-baiknya
=)

12 December 2011

wudu' batin

Hidup kita terdiri dari dua anasir
  1. Zahir
  2.    Batin/roh

Begitu juga bile kita berwudu’, terdapat wudu’ zahir dan batin
Wudu’ zahir ialah seperti yang diketahui umum. .
bermula dari niat sehinggalah membasuh kaki.
Namun begitu, ape die wudu’ batin?
Pemulangan hak Allah kembali,
·        Qudrat
·        Iradat
·        Ilmu
·        Hayat
·        Sama’
·        Basar
·        kalam
Penyucian batin, apabila kita memulangkan ketujuh-tujuh ini kembali kepada pemiliknya..
ALLAH=)
Selepas berwudu’ lafazkan
Qudrat , iradat, ilmu , hayat ,samak , basar , qalam, aku kembalikan hakMU kepadamu, Ya Allah..
Sedarlah, semua yang ada pade diri kita milikNYA..
Jika kita percaya ia milik kita,
Tersasarlah kita..
Semoga kita same2 saling mengingatkan

01 December 2011

dengarkan saudara dan saudariku =)

video

Islam itu indah=)

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...